Sunday 30 September 2012

Uji Minda : Mata Jahitan

Hai murid-murid. Baiklah, murid-murid diminta untuk menyiapkan latihan di bawah ini. 


Namakan aktiviti yang ditunjukkan dalam rajah berikut :


1. _____________________________________
_____________________________________



2. _______________________________________
________________________________________


3. ______________________________________
_______________________________________


Selamat menjawab.


Thursday 13 September 2012

Nota : Jahitan Insang Pari

Apa itu Jahitan Insang Pari?

Kegunaan jahitan :
 

* Mengemas tepi kain atau basi kain
* Menjahit rumah butang tersirat atau bergelung untuk butang cangkuk.
* Sebagai jahitan perhiasan



 Cara menjahit :

* Mulakan dengan jelujur halus menegak pada sebelah kiri.
* Jarum menegak tepat dan ke arah penjahit
* Jahit dari kiri ke kanan dengan benang bergelung di bawah jarum.

Nota : Jahitan Kia

Apa itu Jahitan Kia?

Kegunaan jahit kia :

* Menyambung kain bagi menggantikan jahitan mesin.
* Memula dan mengakhiri mata jahitan.
 
 
Cara menjahit :

* Mula dan akhirkan jahitan dengan jahit kia,
* Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan( 3mm –5mm)
* Jahitan pertama adalah seperti jeiujur halus,kemudian jarum dibawa balik ke jahitan pertama dan dijahit ke hadapan semula.

Nota : Jelujur Halus

Apa itu Jelujur Halus?

Kegunaan jelujur halus
* Menyambungkan dua atau lebih kepingan kain jika tidak ada mesin jahit
* Menggantikan jahitan jelujur buat sementara.
* Membuat kedut dan mengetatkan kepala lengan.



Cara menjahit

* Mula dan kahirkan dengan jahit kia.
* Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus dan sama besar dengan jaraknya 3 hingga 5 mm.

Monday 10 September 2012

Semoga Berjaya dalam UPSR!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hai murid-murid.
Entri kali ini Cikgu ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada yang menduduki UPSR.


Mudah-mudahan murid-murid memperoleh keputusan yang membanggakan iaitu 5A!

Mutiara Kata

Buat renungan bersama.


Friday 31 August 2012

Selamat Menyambut Hari Merdeka ke 55.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Salam Kemerdekaan buat semua rakyat yang berpeluang untuk terus hidup dengan penuh harmoni dan aman damai dalam negara yang tercinta, Malaysia. Selamat Hari Merdeka!