Wednesday 25 July 2012

Uji Minda : Alatan Jahitan

Mari menguji minda murid-murid.

Jawab latihan di bawah dengan jawapan yang betul.

Sila klik pada link di bawah.
 
Soalan Pengukuhan

Saturday 21 July 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Dikesempatan ini Cikgu mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat muslimin dan muslimat.


Semoga dibulan yang mulia ni dapat meningkatkan lagi amalan serta ketakwaan kita kepada Allah SWT. Insya Allah.

Monday 16 July 2012

Nota : Alatan Jahitan


Siapa tahu apa itu Alat Jahitan?


Murid-murid pasti tahu serba sedikit tentang alat jahitan bukan? Penggunaan alatan dan bahan berteknologi dapat meningkatkan kualiti hidup manusia. Penggunaan peralatan yang betul dan berteknologi dapat meningkatkan kualiti jahitan, menjimatkan masa, tenaga dan kos. Baiklah, mari kita lihat apakah fungsi setiap alat jahitan.


Pita Ukur



Digunakan untuk mengukur bahagian yang hendak di gunting atau di jahit.





 

Gunting Kertas


Digunakan untuk menggunting kertas bagi penyediaan pola.








Gunting fabrik



Digunakan untuk menggunting fabrik.









Kapur Tukang Jahit


 

Digunakan untuk memindahkan tanda dan garisan yang telah di buat pada pola kertas ke atas fabrik.








Jarum Peniti



Digunakan untuk menyemat pola kertas pada fabrik dan juga menyemat kepingan fabrik sebelum menjahit secara kekal.









Jarum Tangan



Digunakan untuk menjahit jahitan tangan pada fabrik samada kekal atau sementara.









Penetas Jahitan



Digunakan untuk menanggalkan benang yang telah dijahit pada fabrik.








Pembaris



Digunakan untuk mengukur dan menanda.






Seterika


Digunakan untuk melicinkan permukaan fabrik.








Cikgu harap murid-murid  dapat mengingati nama dan fungsi alat jahitan yang telah dinyatakan. Terima Kasih!

Sunday 15 July 2012

Apa itu Kemahiran Hidup?

Konsep pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan pembelajaran melalui pengalaman. Murid melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran praktis yang boleh digunakan dalam kehidupan hariannya.





Murid perlu didedahkan kepada pengetahuan yang berkualiti dengan kemahiran yang hendak dikuasai. Guru tidak seharusnya menyampaikan pengetahuan secara tersendiri atau terasing daripada aktiviti murid. Mata pelajaran ini juga mementingkan pemupukan nilai dan sikap seperti berdikari, inovatif, kreatif dan berminat menjalankan kerja melibatkan amali.

Thursday 12 July 2012

Selamat Datang Ke Rhymes With Tools

Assalamualaikum. Selamat Datang.
Semoga segala info dapat dimanfaatkan untuk masa hadapan.