Siapa tahu apa itu Alat Jahitan?
Murid-murid pasti tahu serba sedikit tentang alat jahitan bukan? Penggunaan alatan dan bahan berteknologi dapat meningkatkan kualiti hidup manusia. Penggunaan peralatan yang betul dan berteknologi dapat meningkatkan kualiti jahitan, menjimatkan masa, tenaga dan kos. Baiklah, mari kita lihat apakah fungsi setiap alat jahitan.
Pita Ukur
Digunakan untuk mengukur bahagian yang hendak di gunting atau di jahit.
Gunting Kertas
Digunakan untuk menggunting kertas bagi penyediaan pola.
Gunting fabrik
Digunakan untuk menggunting fabrik.
Kapur Tukang Jahit
Digunakan untuk memindahkan tanda dan garisan yang telah di buat pada pola kertas ke atas fabrik.
Jarum Peniti
Digunakan untuk menyemat pola kertas pada fabrik dan juga menyemat kepingan fabrik sebelum menjahit secara kekal.
Jarum Tangan
Digunakan untuk menjahit jahitan tangan pada fabrik samada kekal atau sementara.
Penetas Jahitan
Digunakan untuk menanggalkan benang yang telah dijahit pada fabrik.
Pembaris
Digunakan untuk mengukur dan menanda.
Seterika
Digunakan untuk melicinkan permukaan fabrik.
No comments:
Post a Comment