Sunday 15 July 2012

Apa itu Kemahiran Hidup?

Konsep pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan pembelajaran melalui pengalaman. Murid melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran praktis yang boleh digunakan dalam kehidupan hariannya.





Murid perlu didedahkan kepada pengetahuan yang berkualiti dengan kemahiran yang hendak dikuasai. Guru tidak seharusnya menyampaikan pengetahuan secara tersendiri atau terasing daripada aktiviti murid. Mata pelajaran ini juga mementingkan pemupukan nilai dan sikap seperti berdikari, inovatif, kreatif dan berminat menjalankan kerja melibatkan amali.

No comments:

Post a Comment